Sekali buka sayap, bertempiaran lari semua orang. Serangga berwarna coklat ini pastinya membuatkan ramai orang tak senang duduk setiap kali ia menunjukkan wajahnya.
Kadang-kadang, semerbak satu rumah dengan bau racun serangga dek kerana lipas seekor yang berterbangan melarikan diri. Hal ini sudah tentu membuatkan ramai risau akan kesihatan ahli keluarga terutamanya jika ada kanak-kanak atau bayi di rumah.
Justeru, kami ingin kongsikan salah satu cara mudah untuk membasmi haiwan perosak ini tanpa menggunakan racun serangga. Tips ini boleh dilakukan menggunakan dua bahan yang ada di rumah anda sahaja.
Menurut Kompas.com, anda boleh menggunakan gula dan sabun pencuci sebagai umpan untuk membunuh lipas di rumah.
Caranya, campur satu bahagian sabun dengan satu bahagian gula ke dalam bekas. Anda juga boleh menambah peluntur untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.
Letakkan campuran tersebut di tempat-tempat kegemaran lipas seperti kawasan paip, bawah almari dapur serta tong sampah. Pun begitu, anda diingatkan agar meletakkan bahan ini jauh dari jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Semoga berjaya!
|