CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 0

Tuduh Rain Kedekut Dengan Artis Junior, Youtuber Bakal Disaman

[Copy link]
Post time 18-1-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang YouTuber yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.


Menurut kenyataan agensinya, Sublime Artist Agency (SAA) tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang memfitnah atau menjejaskan reputasi artis naugan mereka.




Kredit foto: IG Rain




“Kami menyedari kewujudan video yang disebarkan secara melulu tentang artis kami, Rain, dengan berdasarkan maklumat palsu sepenuhnya.


“Kami juga telah menyemak jumlah siaran dan ulasan yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi, mengkritiknya dengan niat jahat dan juga menyebarkan khabar angin yang tidak disahkan.


“Terdapat YouTuber yang mereka-reka berita palsu untuk mendapatkan tontonan dan mereka yang melakukan perkara itu berniat untuk menyebarkannya dengan lebih jauh.


“Kami akan mengambil semua tindakan undang-undang terhadap tingkah laku yang berkemungkinan boleh membahayakan artis kami.


“Tidak akan ada kelonggaran atau kerjasama kerana kami akan meneruskan liabiliti sivil dan jenayah dalam kes ini,” jelasnya tegas dipetik dari Soompi.




Kredit foto: IG Rain




Terdahulu, seorang YouTuber yang juga merupakan bekas wartawan hiburan mendakwa Rain terkenal dengan reputasinya yang kedekut dan tidak begitu pemurah untuk berkongsi dengan artis junior.




Sumber: GEMPAK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037855 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list