![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Image-2022-01-16-at-12.21.32-853x420.jpeg)
DHAKA: Seorang wanita berusia 55 tahun dari Bangladesh mengalami sakit perut yang teruk selama hampir dua dekad selepas menjalani pembedahan di bahagian perutnya.
Wanita bernama Bachena Khatun itu menjalani pembedahan pada 2002 untuk membuang batu karang di dalam perutnya.
Menurut keluarganya Bachena menggunakan semua wang simpanannya untuk pembedahan tersebut.
Seminggu selepas pembedahan, dia mengadu sakit di bahagian perut tetapi doktor yang menjalankan pembedahan terhadapnya “mendakwa ia merupakan sakit biasa,” selepas pembedahan, lapor Dhaka Tribune, memetik sumber daripada keluarga mangsa.
Doktor kemudian memberinya ubat penahan sakit setiap kali dia mengadu sakit.
Apabila sakitnya menjadi semakin teruk, dia menjalani sinar-X pada bahagian perutnya atas arahan doktor lain.
Hasil ujian itu, doktor menemui gunting di dalam perutnya yang dipercayai tertinggal semasa pembedahan 20 tahun lalu.
Gunting itu dikeluarkan dan ketua pegawai kesihatan tempatan memulakan siasatan terhadap insiden itu, lapor Dhaka Tribune.
sarawakvoice.com/2022/01/16
|