Edited by Vellfire at 16-1-2022 02:11 PM
MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana mengamuk dan bertindak menendang pintu rumah isterinya pada malam semalam.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata suspek, 24, ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri kira-kira jam 5.45 pagi, hari ini di Tudan Sedaras.
“Suspek bertindak sedemikian di Kampung Pasir Lutong selepas isterinya tidak membenarkannya membawa dua anak lelakinya berusia enam dan lima tahun keluar,” katanya.
Katanya siasatan awal mendapati suspek dan isterinya tidak lagi tinggal bersama sejak Mei 2020.
Sejak itu, dua orang anak mereka tinggal bersama ibunya.
by suaraswk
January 16, 2022
|