Banjir berada dalam terkawal dan air mulai surut.
SIBU: Banjir yang menenggelami sebahagian kawasan di Kampung Seduan termasuk jalan raya pada Rabu kini dalam keadaan terkawal.
Selain itu, tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini.
Pemantauan di lokasi mendapati paras air mulai surut serta tidak mengakibatkan limpahan air yang teruk walaupun cuaca hujan renyai-renyai.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata operasi pemantauan dijalankan pihaknya bermula kira-kira jam 8.40 pagi.
"Seramai dua anggota bomba ditugaskan ke lokasi untuk memantau keadaan dan didapati air dikawasan banjir ada penurunan sedikit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Rabu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Jeriah di sini bagi menempatkan 44 mangsa banjir dari lima keluarga dari Kampung Seduan Jaya.
Ia susulah rumah mereka yang dinaiki air banjir selepas paras air naik mendadak ekoran cuaca hujan sejak Selasa.
utusanborneo.com.my/2022/01/13 |