KOTA KINABALU: Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci berkenaan dakwaan letupan bot di Pulau Tatagan Semporna kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pasukan polis sudah digerakkan ke lokasi sebaik mendapat maklumat kejadian pagi semalam.
“Setakat ini kita masih belum boleh mengesahkan sama ada kejadian membabitkan letupan bom ikan atau sebaliknya berikutan pasukan polis tidak menemukan sebarang bahan bukti di lokasi kejadian.
“Perahu yang didakwa saksi juga belum ditemukan dan operasi mencari dua mangsa yang dikatakan hilang juga giat dilaksanakan pasukan keselamatan lain.
“Polis juga belum dapat memastikan apa punca letupan di lokasi dan kerja penyiasatan masih dijalankan di sekitar lokasi,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.
Terdahulu dua penumpang bot dilaporkan hilang selepas dakwaan berlakunya letupan bot di lokasi kejadian.
utusanborneo.com.my/2022/01/12 |