CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sarawak] Dua mangsa bot meletup masih hilang

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan penyelamat mengaktifkan operasi SAR bagi mencari mangsa hilang.

SEMPORNA: Dua mangsa hilang selepas bot yang dinaiki meletup di Pulau Tatagan, di sini kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi.

“Susulan itu seramai enam anggota dan pegawai digerakan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mengikut maklumat yang diterima, kejadian berlaku kelmarin dan terdapat dua penumpang bot berkenaan masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, operasi SAR diaktifkan hari ini bagi mencari mangsa yang dipercayai hilang dalam kejadian tersebut.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui dan maklumat terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.367241 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list