CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

Jay Park bekerjasama dengan Kakao Entertainment

[Copy link]
Post time 12-1-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Jay Park

Seoul: Penyanyi dan rapper Jay Park dikhabarkan bakal membuka agensi baharu selepas mengundurkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AOMG dan H1GHR MUSIC.

Menurut sumber, Kakao Entertainment akan bekerjasama dengan Jay Park atau nama sebenarnya Park Jae-beom.

Kakao dilaporkan melabur dalam jumlah yang besar untuk bergabung di agensi baharu itu.

Lantas, perkara berkenaan mendapat maklum balas daripada Kakao Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi.

"Jay Park adalah seorang seniman yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti menyanyi, menerbit dan banyak lagi. Kami sedang berbincang, tetapi belum ada keputusan konkrit," kata Kakao Entertainment dalam satu kenyataan.

Walaupun tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Jay Park akan menjadi penasihat di AOMG dan H1GHR Music.

Menerusi hantaran di Instagram, Jay Park juga berterima kasih kepada artis serta karyawan yang bekerja di kedua label itu.

"Selepas berfikir panjang dan meluangkan waktu seketika, saya memutuskan untuk berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AOMG dan H1GHR MUSIC.

"Saya tahu ini mungkin mengejutkan ramai, tetapi saya tetap sebagai penasihat untuk kedua label dan kami akan terus menjadi keluarga dan kru," katanya.

Jay Park mendirikan AOMG pada 2013. Label itu kemudian menjadi rumah bagi banyak pemuzik hip-hop Korea Selatan seperti Loco, Gray, Simon Dominic, Hoody, Woo Won-jae, Code Kunst, Punchnello.

Lee Hi juga bergabung dengan AOMG pada Julai 2020, selepas keluar dari YG Entertainment.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039404 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list