CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat mahu ditadbir anak Sarawak sendiri

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:42 PM | Show all posts |Read mode


MOHAMAD Razi Sitam hadir pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Jentera PRN-12 di Riveria Sport Centre Debak di Debak, semalam.

DEBAK: Kemenangan bersejarah Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak baru-baru ini bukti jelas bahawa rakyat mahu anak Sarawak sendiri mentadbir negeri ini.

Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohamad Razi Sitam menyifatkan kemenangan bergaya GPS adalah hadiah cukup bermakna untuk orang Sarawak selaras dengan slogan ‘Intu Sarawak’ atau Jaga Sarawak.

Beliau dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di atas kemenangan besar GPS pada pilihan raya kali ini.

“Saya yakin kemenangan yang besar kali ini, merupakan hadiah untuk orang Sarawak dengan semangat ‘Intu Sarawak’, diikuti juga dengan pesan serta nasihat daripada Allahyarham Tok Nan dulu, jaga sarawak dengan baik, agar kita mampu buktikan bahawa GPS merupakan parti yang terbaik untuk memimpin negeri Sarawak ini sendiri.

“Alhamdulillah syukur kepada hadrat Allah SWT kerana dengan berkat doa, kerjasama dan kerja keras jentera kita, daripada barisan ahli jawatankuasa Ranting Bapa, Wanita dan Pemuda hingga ke Cawangan yang bertungkus lumus dan berhadapan dengan pelbagai provokasi, tohmahan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Jentera PRN-12 di Riveria Sport Centre Debak di sini, semalam.

Razi berkata, kerja keras jentera parti terutamanya di setiap ranting memastikan GPS yang menggunakan logo baharu menang, bukan sahaja menang di Saribas malah menghadiahkan kemenangan besar dengan 76 kerusi.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberinya peluang menyertai Kabinet Sarawak dengan jawatan Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang merupakan salah satu komponen dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Komuniti Sarawak.

Antara pengisian lain program tersebut ialah Majlis Berzikir, Persembahan Ngajat dan penyampaian cenderahati sebagai kenangan kepada Razi di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Muda baru-baru ini.


January 11, 2022
Utusan Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.044602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list