SANDAKAN: Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan selepas dipercayai menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM8,000.
Menurut sumber, suspek wanita berumur 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi hari ini semasa dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan bagi membantu siasatan berkenaan kes terbabit.
Katanya suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, Sabah minggu ini.
Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy (gambar) ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
utusanborneo.com.my/2022/01/11 |