CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 0

Rancang kahwin tahun ini

[Copy link]
Post time 9-1-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode

PASANGAN ini difahamkan mula berkenalan sejak Januari tahun lalu.

SELEPAS pasangan kekasih Kourtney Kardashian, 43, dan Travis Barker, 46, mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu, kini mereka dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

Difahamkan pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka secara sederhana dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

"Perkahwinan akan berlangsung tahun ini. Majlis terbabit tidak akan diadakan secara besar-besaran, sebaliknya hanya keluarga dan teman terdekat diundang," kata sumber kepada portal E!.

Lebih menarik, Kourtney juga dilaporkan sudah mengupah perancang perkahwinan terkenal Mindy Weiss Party Consultants yang sering bekerjasama dengan keluarga Kardashian dan Jenner.

Sebelum ini, perancang perkahwinan itu menguruskan acara ulang tahun kedua anak perempuan Kylie Jenner iaitu Stormi Wester.

Difahamkan Kourtney juga membabitkan ibunya, Kris Jenner dalam menguruskan majlis perkahwinannya itu.

Pada masa sama, Barker juga dikatakan lebih banyak menyerahkan persiapan perkahwinan kepada bakal isterinya.

"Mereka semua melakukan persiapan bersama-sama. Kourtney dilihat santai menguruskan majlis perkahwinannya.

"Barker ada terbabit, tetapi dia menyerahkan sebahagian urusan besar kepada Kourtney untuk membuat keputusan" kata sumber itu.

Terdahulu, pasangan ini bertunang di sebuah pantai dekat Montecito, California pada Oktober tahun lalu.

Majalah People dan laman web TMZ dalam pada itu melaporkan pertunangan itu dirancang Barker di pantai berkenaan yang berdekatan dengan Santa Barbara.

Pasangan itu juga dilaporkan sudah menjalinkan percintaan selama beberapa bulan dan sering dirakam keluar bersama.

Kourtney dalam pada itu memiliki tiga anak hasil hubungannya bersama pempengaruh, Scott Disick.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039043 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list