CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Sarawak] Bilik guru SMK Balai Ringin terbakar

[Copy link]
Post time 8-1-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan bilik guru tersebut yang terbakar.

SERIAN: Blok pentadbiran yang dijadikan bilik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasj Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 3.04 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

"Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan blok pentadbiran iaitu bilik guru di tingkat atas yang telah musnah sepenuhnya.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya dan seterusnya pasukan operasi memastikan tiada lagi punca api dan keadaan benar-benar selamat," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/01/08
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.080805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list