![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220108/whatsappimage2022-01-08at082013.jpeg)
Suspek ditahan disyaki terlibat dengan dadah.
MUKAH: Cubaan menyorok dadah dalam bekas gula-bula digagalkan apabila seorang suri rumah ditangkap sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Selangau-Mukah di sini petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, wanita berusia 23 tahun itu diberkas sekitar jam 2.30 petang oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Mukah.
"Hasil pemeriksaan di bilik rumah berkenaan telah menjumpai satu bekas gula-gula berwarna hijau berperekat hitam di mana di dalamnya terdapat tiga paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada Utusan Borneo.
Jelasnya, berat dadah tersebut dianggarkan 1.23 gram dan bernilai sekitar RM150.
"Berdasarkan siasatan awal polis, suspek tidak mengaku ke atas dadah yang dirampas," tambah Rizal.
Katanya lagi, ujian saringan awal air kencing suspek juga menunjukkan keputusan negatif.
Tegasnya, suspek masih direman di lokap Balai Polos Mukah untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Sekayen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
utusanborneo.com.my/2022/01/08 |