CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 654|Reply: 0

[Sarawak] Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dilanjutkan sehingga 4 Februari

[Copy link]
Post time 8-1-2022 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-1-2022 04:05 PM



PEMERIKSAAN… Pegawai penguat kuasa KPDNHEP cawangan Sibu ketika memeriksa barangan harga terkawal di bawah SHMKM.

SIBU: Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang telah dilaksanakan sejak 7 hingga 31 Disember 2021, dilanjutkan mulai 1 Januari hingga 4 Februari depan.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu, Kelyn Bolhassan @ Haliward berkata, ia adalah berdasarkan maklum balas yang diterima dan sebagai langkah berterusan untuk menstabilkan harga barangan serta memastikan keberadaan bekalan.

“Pelaksanaan SHMKM melibatkan sebanyak 12 jenis barangan harga terkawal iaitu barangan makanan keperluan asas dari kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tindakan pengeluaran notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

“Ini bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah SHMKM.

Menurutnya, peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Katanya lagi, peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan, manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

“Disamping itu, diingatkan agar pengeluar, pemborong dan peruncit tidak menaikan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan Skim ini. Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing,” ujar beliau.

Dalam kenyataan yang sama, Kelyn memberitahu, sebanyak 49 tindakan kes dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) telah dihasilkan dan sebanyak 18 aduan berkenaan harga telah diterima sepanjang tahun 2021.

Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU atau Website: e-aduan.kpdnhep.gov.my

Aduan juga boleh disalurkan melalui email ke alamat [email protected] atau hadir ke Pejabat KPDNHEP Cawangan Sibu di Tingkat 1, Wisma Persekutuan Blok 3. Atau hubungi Pejabat KPNDHEP Cawangan Sibu di talian 084- 335622 (Whatsapp ke 019- 279 4317).


Oleh AKUN GIMAN

January 7, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.451630 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list