CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 0

[Sarawak] Unimas tawar tiga program baharu

[Copy link]
Post time 7-1-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menawarkan tiga program baharu bagi sesi 2022/ 2023, kata Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Menurutnya, ia termasuk Sarjana Sains Pengurusan Reka Bentuk Pembinaan dengan Kepujian oleh Fakulti Alam Bina yang julung kali menawarkan program baharu bagi membantu memenuhi keperluan tenaga pakar pengurus projek terutamanya di Sarawak.

“Selain itu, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber menawarkan program Sarjana Muda Sains Agroteknologi dengan Kepujian bertujuan merapatkan jurang ketidaksepadanan antara keperluan industri terutama dalam bidang pertanian moden berteknologi tinggi. “Sementara Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia menawarkan program baharu iaitu Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian yang akan membantu mengisi keperluan warga pendidik di negeri ini,” katanya dalam perkongsian di Facebook, semalam.

Menurutnya, kini Unimas menawarkan sejumlah 47 program prasiswazah, 28 program pascasiswazah secara penyelidikan dan 14 program pascasiswazah secara kerja kursus.

“Semoga dengan adanya penawaran ini, ia akan menghasilkan bakat-bakat baharu serta meningkatkan lagi potensi diri dalam kalangan graduan bagi memenuhi keperluan dan kehendak sektor industri di negeri ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, katanya, Program Seni Bina Unimas menerima pengiktirafan Akreditasi Penuh selama lima tahun, iaitu bermula 15 September 2020 hingga 14 September 2025 daripada Lembaga Arkitek Malaysia.

“Penerimaan tersebut setelah panel lawatan akreditasi bermesyuarat dan bersetuju memberikan pengiktirafan juga kepada kohot pertama yang bergraduat semasa kemuncak pandemik 2020 yang lepas.

“Ini merupakan pencapaian yang amat signifikan memandangkan Unimas merupakan universiti awam yang pertama melakukan lawatan akreditasi secara maya, dan turut juga merupakan universiti awam yang pertama mendapat pengiktirafan akreditasi penuh selama lima tahun tahun melalui permohonan pertama kali,” ujarnya.

Tambahnya, idea mewujudkan program tersebut tercetus pada 2015 setelah menilai keperluan semasa industri binaan dan pengurusan projek serta kepentingan penggunaan teknologi dan kemahiran teknikal.

Maka, 22 September 2019 merupakan detik bersejarah buat Unimas dengan penubuhan fakulti ke-10, Fakulti Alam Bina dan Prof Ar. Nurakmal Abdullah dilantik sebagai dekan pertama.

Pada 25 dan 26 September 2019, Fakulti Alam Bina dikunjungi panel Lawatan Penasihat daripada Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS) Lembaga Arkitek Malaysia sebagai satu prasyarat bagi institusi Pembekal Pendidikan Seni Bina yang sedang memohon akreditasi buat pertama kali untuk Program Seni Bina.


sarawakvoice.com/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.163047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list