CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Sabah] RM301 Juta Diperlukan Atasi Banjir Di Kota Marudu & Pitas

[Copy link]
Post time 7-1-2022 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan banjir babit di beberapa daerah di Sabah.

KOTA MARUDU: Kira-kira RM301 juta diperlukan untuk melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda daerah ini dan Pitas.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, peruntukan itu adalah anggaran yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kerja kejuruteraan sungai.

Menurutnya, ia membabitkan empat sungai utama di kedua-dua daerah di utara Sabah itu, iaitu Sungai Bandau, Sungai Bongon, Sungai Tandek dan Sungai Rasak.

“Ia merangkumi kerja membina permatang di sepanjang sungai, mengorek dan melebarkan sungai, menaik taraf sistem perparitan dan memasang pintu kawalan banjir.

“Bagaimanapun, sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS akan melaksanakan projek ad-hoc untuk membersihkan parit yang tersumbat supaya air boleh mengalir dengan lancar kerana parit tersumbat juga satu daripada punca utama banjir,” katanya dalam satu kenyataan selepas taklimat JPS berkaitan isu banjir, di sini, hari ini.

Sementara itu, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, masalah banjir bukan saja disebabkan infrastruktur, malah turut dikaitkan dengan perubahan iklim global yang menyebabkan hujan luar biasa termasuk di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir.

“Kita perlu menjalankan kajian teliti mengenai keadaan dan perilaku sungai, bukan saja di sini tetapi juga di semua daerah di Sabah supaya kita boleh merancang apa yang kita perlu lakukan untuk mencegah banjir,” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.506724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list