CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 592|Reply: 0

[Sabah] Amalan ‘Mitatabang’ Pupuk Semangat Perpaduan Dikalangan Penduduk

[Copy link]
Post time 7-1-2022 05:51 PM | Show all posts |Read mode


RANAU: Membuat kerja secara bergotong royong atau ‘Mitatabang’ dalam bahasa Dusun yang diamalkan masyarakat desa di daerah ini,  memang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat  dan menjimatkan kos serta masa, malah mampu memupuk semangat perpaduan dan hidup harmoni yang sedia terjalin dikalangan penduduk setempat.

Demikian yang diamalkan sudah sekian lama penduduk Kg Nawanon terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau mengadakan gotong royong ‘mengatam’ atau menuai padi di sawah mereka setiap tahun yang masih kekal secara tradisional.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Nawanon, Jemisi Sabal berkata, program ‘Mitatabang’ yang diadakan di kampung itu pagi kelmarin (6 Jan) adalah satu program tahunan yang mereka amalkan oleh masyarakat di kampung berkenaan sebelum pandemik COVID-19 melanda ianya terhenti pada tahun lalu.

“Pada tahun ini, kami penduduk di sini sangat gembira kerana amalan mitatabang ini dapat diadakan secara bersama-sama, malah ianya menyeronokan walaupun hasil tuaian ketika ini kurang menguntungkan.

“Tahun ini hasil tuaian kami agak menurun disebabkan cuaca tidak menentu yang menyebabkan pokok padi banyak yang rebah dan kurang berisi”, jelas Jemisi.

Menurut Jamisi, bukan setakat kerja menuai padi sahaja gotong-royong menuai padi itu sahaja mereka amalkan tetapi dalam aspek kerja lain seperti menebas membersihkan kawasan sawah  tanaman padi, kebun buah-buahan, kebun getah dan kelapa sawit juga mereka laksanakan bersama-sama.

“Saya berasa bangga kerana penduduk di sini masih mengutamakan perpaduan dan semangat persaudaraan serta hidup harmoni berbanding segelintir masyarakat di tempat lain yang mementingkan diri sendiri, agama dan perbezaan politik”, tambah Jemisi.


sabahmedia.com/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list