View: 384|Reply: 0
|
[Sarawak]
Wanita dipenjara seminggu dan didenda kerana mencuri
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220105/kesmahkamah1.jpg)
MIRI: Seorang wanita yang mengaku bersalah mencuri kerana kesempitan wang dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM150 atau dua hari penjara oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
Fatimah Abdullah, 51, dari Batang Igan, Sibu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri seutas gelang emas dan sebotol minyak wangi jenama Dior kepunyaan seorang wanita.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 pagi, 22 Disember lalu di sebuah rumah di Li Hua Garden, Jalan Riam di sini.
Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.
Tertuduh mengaku bahawa dia mencuri kerana kesempitan wang akibat pandemik Covid-19 dan memerlukan wang segera untuk menyelesaikan masalah keluarganya.
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
utusanborneo.com.my/2022/01/05
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|