CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sarawak] Gelombang varian COVID-19 baharu perlahan dikaitkan dengan autonomi imigresen

[Copy link]
Post time 5-1-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kelewatan gelombang varian COVID-19 baharu yang muncul di Sarawak dikaitkan dengan autonomi imigresen negeri ini, kata Dato Sri Dr Sim Kui  Hian.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata dasar berkenaan memainkan peranan penting dalam usaha Sarawak memerangi COVID-19.

“Dasar yang sama ini boleh dilihat oleh negara lain seperti Australia, China dan Singapura.  

“Kita amat bertuah kerana nenek moyang kita mempunyai klausa ini walaupun kita tidak pernah menjangka ia akan dilaksanakan dengan cara ini apabila kita membentuk Malaysia.

“Ia (dasar autonomi imigresen) telah berjaya melewatkan pelbagai gelombang COVID-19 yang tiba di Sarawak dan memberikan kami masa yang tidak ternilai untuk mempersiapkan diri serta tidak mengalami nasib yang sama seperti Amerika Syarikat dan negeri lain di Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikin menerusi catatan Facebook.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak sama ada dalam atau di luar negeri atas kerjasama dan memahami terutama kesulitan disebabkan oleh langkah pencegahan COVID-19 seperti kuarantin.

“Tindakan anda menyelamatkan banyak nyawa rakyat Sarawak, mungkin ahli keluarga anda, kawan atau rakan sekerja anda daripada kematian akibat COVID-19,” katanya.

Dr Sim juga mengingatkan orang ramai supaya tidak leka tetapi sentiasa berwaspada kerana mungkin terdapat peningkatan kes Omicron.

Beliau berkata varian itu sudah ada dalam komuniti walaupun ia tidak menyebabkan kes teruk seperti varian Delta.

Sebagai varian paling menular setakat ini, beliau berkata Omicron telah menyumbang kepada banyak kes dan membanjiri kemudahan penjagaan kesihatan serta mengganggu banyak perkhidmatan penting di tempat lain.

“Kita juga perlu memerhatikan DelMicron (gabungan Delta dan Omicron) yang telah muncul di negara yang mengalami gelombang semasa COVID-19,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.030021 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list