CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Sarawak] Rumah terjejas akibat angin kencang Kampung Opar akan dibaiki

[Copy link]
Post time 5-1-2022 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-1-2022 11:02 AM



Keadaan antara rumah yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut. - Gambar oleh Roystein Emmor

BAU: Rumah mangsa angin kencang di Kampung Opar di sini akan dibaiki menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di bawah projek kecil luar bandar (MRP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata, dalam insiden yang berlaku sekitar petang Selasa itu sebanyak 16 buah rumah terkesan dengan dua daripadanya terjejas terBilly ketika ditemui pemberita, hari ini.

uk sementara empat agak teruk dan selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil tetapi perlu diberi perhatian untuk dibaik pulih.

“Kita telah meminta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Pejabat Daerah Bau untuk membuat anggaran sebenar yang perlu kita salurkan bagi membaiki rumah-rumah terjejas ini.

“Selepas ini kita akan memohon bantuan daripada EPU (Unit Perancang Ekonomi) menggunakan peruntukan ADUN di bawah PPRMS yang mana dengan siling sehingga RM15,000 bagi satu keluarga yang terjejas,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa mengadakan pemantauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Opar di sini, hari ini.


Billy ketika ditemui pemberita, hari ini.

Billy berkata sekiranya bantuan berkenaan tidak mencukupi pihaknya akan memohon peruntukan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang akan digunakan untuk membantu mangsa dalam menghadapi bencana yang telah melanda mereka.

Beliau berkata pihaknya akan sedaya upaya bersama agensi berkaitan selain ketua kampung untuk membantu mangsa yang terjejas.

Katanya antara pihak yang terawal menghulurkan bantuan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang membantu mangsa di PPS yang menempatkan mangsa terjejas terdiri daripada 28 orang daripada enam buah keluarga.

“Mangsa-mangsa ini akan berada di PPS ini sehingga rumah mereka selamat didiami.

“Selain itu, pada masa yang sama ketua kampung juga telah mengerahkan penduduknya untuk bergotong-royong bersama membaik pulih serta membersihkan kawasan terjejas bagi yang boleh dilakukan secara bergotong royong,” katanya.


Billy (dua kanan) semasa melawat mangsa-mangsa yang rumahnya terjejas.

Billy pada lawatan itu turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM9,000 kepada mangsa-mangsa yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

Sementara itu dalam laporan sebelum ini, sebanyak enam keluarga Kampung Opar, di sini terpaksa ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) selepas bumbung rumah mereka tercabut pada malam Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata enam rumah terbabit merupakan antara 10 rumah yang terjejas disebabkan angin kencang.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8.10 malam.

"Enam buah keluarga terbabit terpaksa dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Opar kerana bumbung rumah mereka tercabut keseluruhannya.

"Manakala empat lagi keluarga tidak dipindahkan memandang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk dan selamat didiami," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036201 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list