CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Sarawak] Penghuni Flat Sibujaya kecewa Lembaga Air Sibu gagal hantar bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:58 PM | Show all posts |Read mode


Salah seorang penghuni flat yang tinggal di tingkat atas sedang mengangkut bekalan air.

SIBU: Lebih 300 penghuni di kediaman Flat Sibujaya kecewa terhadap Lembaga Air Sibu (LAS) yang gagal menghantar bekalan air bersih selepas berlaku gangguan bekalan air sejak Isnin lalu.

Mereka mendakwa, masalah gangguan bekalan air itu telah dimaklumkan kepada LAS, namun, tiada tindakan diambil sehingga menimbulkan kesulitan kepada penduduk menjalani kehidupan seharian.

Penghuni yang mendiami tingkat yang paling tinggi paling terkesan apabila mereka terpaksa mengangkut tong dan baldi yang berisi air yang diambil dari paip utama untuk dibawa ke unit masing-masing.

Selain itu, ada di antara penghuni flat terpaksa membeli air untuk minum dan kegunaan harian.

Salah penghuni, Augustin Liman, 23, berkata, bukan sahaja muak dan jemu, keadaan tersebut (gangguan bekalan air) juga menyebabkan penduduk tertekan dan marah kepada LAS yang gagal menghantar bekalan air bersih.

Katanya, ketiadaan bekalan air bersih untuk kegunaan rutin menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan harian.

"Jika berlaku kejadian paip air pecah...itu kita faham tetapi sudah tiga hari berlalu dan bekalan air masih tiada. Bagi saya itu sudah jadi cerita lain.

"Lebih mendukacitakan apabila LAS tidak mempunyai menghantar bekalan air bersih selepas gangguan bekalan air yang dipercayai berpunca daripada tekanan rendah dimaklumkan," katanya ketika ditemui hari ini.


Augustin Liman mendakwa gangguan bekalan air berlaku sejak Isnin lalu.

Menurut Augustin, dia dan ahli keluarganya menghadapi banyak kesulitan berikutan tiada bekalan air dalam tempoh yang agak lama ini.

Tegasnya, selain kegunaan membasuh baju, pinggan mangkuk, bekalan air juga penting untuk mandi sebelum dan sewaktu pulang dari kerja.

“Jika ramai ahli keluarga macam kami, tentu berdepan banyak kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian,” ujarnya.

Bagi Will Clinton, 22, pula, dia dan jirannya di sini sudah tidak dapat menahan sabar lagi apabila masalah bekalan air masih belum selesai.

Malah, dia mendakwa masalah tersebut semakin kritikal apabila banyak kawasan perumahan dan perniagaan baharu dibuka di Sibujaya.

Katanya, bekalan air adalah keperluan asas yang perlu dipenuhi malah berharap kerajaan memberi perhatian serius berhubung perkara itu.

Pada Isnin lalu, LAS dalam halaman Facebooknya melaporkan berlaku kebocoran di paip utama 450mm D.I disebabkan tanah mendap di hadapan Prime Villa, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Insiden tersebut menyebabkan kawasan di sepanjang Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tunku Abdul Rahman (Rh Sebastian, Taman Raffelsia, Jade Villa, Taman Sanhill, Perumahan di hadapan Taman Sanhill, Lapangan Terbang Sibu, Eco Garden, Sibujaya, sepanjang Jalan Durin Link sehingga jambatan Durin mengalami krisis bekalan air.

Turut terjejas ialah penduduk di kawasan Kemuyang, RASCOM, Rh. Nari sehingga kawasan di persimpangan lampu isyarat jalan Sibu/Bintulu apabila mengalami masalah tekanan air rendah.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031019 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list