![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220105/whatsappimage2022-01-05at90751am.jpeg)
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung.
MIRI: Seorang pemancing lelaki hilang selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya di sungai Suai berdekatan Rumah Ngumbang Suai, Niah dekat sini lewat petang Selasa.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata mangsa hilang dikenal sebagai Abdul Wadud Dayyan Sastri, 29, dari Desa Indah, Permyjaya.
"Seramai 7 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 33 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.21 petang.
"Menurut adik lelaki mangsa berusia 25 tahun, beliau bersama mangsa berada di dalam bot yang sama dan mangsa juga pemandu bot.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila bot tersebut terlanggar batang terapung, apabila adiknya menoleh ke belakang didapati mangsa telah terjatuh dari bot," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Law berkata adik mangsa ada cuba menyelamatkan tetapi gagal kerana abangnya telah tenggelam.
"Setelah pemeriksaan dibuat, bomba bertindak menjalankan operasi pencarian menggunakan empat buah bot bantuan dari orang kampung namun mangsa gagal dijumpai.
"Operasi ditangguhkan pada jam 6.55 petang kerana cuaca gelap dan disambung semula hari ini (Rabu), ujarnya.
utusanborneo.com.my/2022/01/05 |