CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] Semak semula permohonan status kerakyatan anak masing-masing

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:44 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Wanita Malaysia yang berkahwin dengan suami bukan warga negara dengan anak dilahirkan di luar negara dinasihatkan untuk membuat semakan susulan terhadap permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak mereka.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (gambar) berkata, semakan perlu dilakukan berikutan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Ahli Parlimen Tawau itu memaklumkan selain daripada enam plantif di Kuala Lumpur yang berjaya memenangi saman ke atas kerajaan, golongan ibu warga negara ini berhadapan dengan masalah sama dinasihatkan untuk mula memohon kewarganegaraan untuk anak masing-masing agar mereka boleh diterima masuk di sekolah awam selain mendapat faedah penuh perkhidmatan kesihatan serta kemudahan awam dalam negara ini.

"Kami sangat mengalu-alukan keputusan Ibu Pejabat JPN di Putrajaya yang akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pejabat JPN dalam negara ini untuk memudahkan permohonan kewarganegaraan rakyat Malaysia bagi anak-anak ini.

"Saya difahamkan ramai ibu warga negara ini telah memohon hak kerakyatan anak-anak mereka. Khususnya satu kes di Sabah, permohonan ibu berkenaan telah dipohon sejak 2016 tetapi sehingga kini masih belum diluluskan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, pada September 2021, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan untuk membenarkan ibu warga negara Malaysia (suami warga asing) yang mana anak mereka dilahir di luar negara layak untuk memohon status kerakyatan negara ini.

Katanya, berikutan keputusan itu, kerajaan pada 13 September telah menfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada 22 Disember 2021, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan berkenaan.

"Saya difahamkan Mahkamah Rayuan akan sekali lagi mendengar rayuan kerajaan pada 23 Mac depan.

"Saya menyeru kepada kerajaan Pusat agar tarik balik rayuan yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

"Ini kerana sebelum ini, hak wanita warga negara Malaysia telah dinafikan khususnya dalam permohonan mereka terhadap status kerakyatan anak mereka," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070258 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list