CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sabah] Lelaki tempatan ditahan disyaki cuba seludup petrol ke negara jiran

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:39 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Suspek berserta barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki cuba menyeludup minyak petrol di kawasan Laut Tanjung Menimpa, di sini semalam.

Dalam kejadan jam 11.30 malam itu, Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan tugas rondaan mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata pasukannya bertindak mengejar dan memintas bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun di dalam bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut, pasukan keselamatan menemukan 16 jeriken yang mengandungi 400 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini hari ini.

Katanya, suspek dan semua barang rampasan berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan termasuk bot suspek dianggarkan bernilai RM25,800 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Mohamad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti jenayah di kawasan mereka.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.115325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list