CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sabah] Mayat lelaki ditemukan di dalam parit Kg Tanjung Batu Logpond

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:27 PM | Show all posts |Read mode


DITEMUKAN: Pasukan bomba mengambil mayat berkenaan di bawah jambatan parit.

TAWAU: Seorang mayat lelaki ditemukan di bawah jambatan parit berhampiran kilang kayu di Kampung Tanjung Batu Logpond, di sini tadi pagi.

Mayat berkenaan ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 10.30 pagi sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.45 pagi.

Katanya, susulan itu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau mengambil dan membuat siasatan awal tehadap penemuan mayat berkenaan.

“Berdasarkan fizikal mayat berkenaan, mangsa telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu kerana keadaannya yang sudah kembung.

“Mayat berkenaan kemudiaanya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian COVID-19 sebelum bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika sidang medianya, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa belum diketahui kerana tidak ditemukan sebarang dokumen pengenalan diri bersama mayat mangsa.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Disember tahun lalu, PDRM ada menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki berumur 68 tahun di kampung yang sama.

“Menerusi laporan itu, PDRM masih mengklasifikasikan sebagai orang hilang memandangkan tiada sebarang penemuan dibuat sebelum ini.

“Namun, siasatan awal bersama keluarga pengadu, mereka tidak dapat mengesahkan dari segi fizikal mahupun pakaian mangsa yang ditemui,” katanya.

Peter berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan DNA mangsa dengan keluarga pengadu untuk mengetahui identiti mangsa.

“Saya menyeru orang ramai sekiranya mempunyai maklumat tentang kes ini supaya tampil berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035567 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list