CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 05/01/2022

[Copy link]
Post time 5-1-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode





Sarawak rekod 47 kes COVID-19 baharu hari ini

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sedikit peningkatan kes baharu COVID-19 iaitu 47 kes berbanding 24 kes pada Selasa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penambahan 24 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak setakat ini 252,424.

JPBNS menambah daripada 47 kes baharu direkodkan hari ini, 29 adalah kategori satu (tiada gejala), 16 pula kategori dua (gejala ringan) manakala kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) masing-masing satu kes.

"Kuching melaporkan jumlah kes harian terbanyak iaitu 11, diikuti Bintulu (9) dan Song (9), Sibu (5), Lawas (4), Limbang (2) dan Kanowit (2), Miri (1), Samarahan (1), Lubok Antu (1), Pakan (1)dan Subis (1).

"Manakala 28 lagi daerah di negeri ini tidak merekodkan kes baharu COVID-19 hari ini," jelasnya dalam kenyataan akhbar hari ini.


JPBNS hari ini juga melaporkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak begitu juga kluster baharu COVID-19.

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sembilan notis kompaun atas kegagalan mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

"Kesemua notis kompaun yang dikeluarkan itu adalah di daerah Kuching," katanya sambil menambah jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan PDRM kerana kesalahan melanggar SOP pencegahan penularan COVID-19 di Sarawak setakat ini ialah 12,825.


utusanborneo.com.my/2022/01/05
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2022 06:18 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list