CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

"Dia Memang Tak Nak Keluar Ikut Tingkap!"- Ibu Hampir Bersalin Secara Caesarean Tapi Anak Tak Menyempat Keluar

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Google Image




Kelahiran seorang cahaya mata sudah pasti menjadi saat yang paling ditunggu-tunggu para ibu dan ayah. Baik anak sulung mahupun telah beberapa kali melahirkan, perasaan bahagia itu tetap ada setiap kali kehadiran cahaya mata.

Walaupun begitu, perkataan yang tidak enak ditelinga para ibu menjelang hari bakal melahirkan tak lain tak bukan adalah Caesar. Caesarean atau kelahiran secara pembedahan ini mungkin pengalaman mengerikan untuk ibu hamil. Manakan tidak, proses kelahiran secara pembedahan untuk pertama kali hanya dibuat oleh doktor sekiranya proses kelahiran secara normal mempunyai komplikasi atau kesukaran.

Seperti pembedahan-pembedahan lain, kaedah kelahiran secara Caesar ini juga punya risiko komplikasi, di samping tempoh pemulihan yang lebih lama. Maka tak hairanlah perkataan ‘Caesar’ ini menjadi ‘mimpi ngeri’ para ibu yang bakal melahirkan.

Tapi lain pula ceritanya dengan ibu empat anak yang dikenali sebagai Hana Ali ini. Melalui group Facebook Info Ibu Hamil Official, Hana berkongsi pengalaman dirinya yang hampir bersalin dengan kaedah Caesar. Namun di saat hampir dibius, tengok-tengok bayi ‘keluar’ secara normal. Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian Hana di bawah ini.


“Rasa pinggang dah tercabut dari badan..”



Sumber: Facebook Hana Ali




Assalamualaikum, hai mommy semua. Saya sudah selamat melahirkan baby girl seberat 3.02 kilogram pada 1 Januari 2022, jam 5.50 pagi secara normal. Tak ada jahit, tak ada koyak. Nak dengar tak pengalaman saya melahirkan anak nombor empat ni?

Pada 31 Disember 2021, saya dah turun tanda. Masa tu dekat rumah mak. Subuh tu saya kejut suami, cakap dekat dia saya dah turun tanda darah. Cuma contraction tak kuat.


Lepas siap sarapan, suami ajak balik rumah. Siapkan apa yang patut. Saya pun siapkan la semua barang-barang. Lepas asar terus gerak. Anak-anak yang lain tinggal rumah mak mertua. Sebelum ke hospital, suami ajak pi makan dulu.

Sampai je hospital, pukul 6.30 petang terus ke wad bersalin. Macam biasa swab test dulu. Dah siap semua, doktor panggil masuk bilik untuk check bukaan jalan. Dia kata baru 3 sentimeter (cm). Masa tu tak rasa lagi sakit contraction. Scan baby semua okay. Sementara tunggu doktor, saya siap solat Isyak.

Dah pukul 10.25 malam, doktor bagitahu suruh duduk wad dulu. Pukul 10.30 malam saya dihantar ke wad. Salam suami, dan mintak suami balik dulu.

Dekat pukul 11.30 malam start berperang dengan contraction yang 10 minit, lima minit sekali. Sempat lagi bukak Yassin dekat Google, baca sampai habis dan lepas tu tepat pukul 3 pagi contraction dah kuat, selang tiga minit sekali.

Doktor check, bukaan masa tu dah 4 cm. Terus kena tolak ke labour room. Saya tengok jam masa tu dah dekat pukul 4 pagi. Doktor check jalan lagi dan pecahkan air ketuban. Dia kata anak nombor empat biasa jalan cepat je. Tapi tu semua kuasa Allah.

Doktor check jalan lagi, masih 4 cm, dia kata jauh lagi. Laluan tebal. Tapi mulut saya tak berhenti selawat, ayat nabi Yunus dan sebut Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Mintak Allah permudahkan segala urusan saya dan anak dalam kandungan.

Sakit anak nombor empat ni saya tak pernah rasa macam anak-anak lain. Sakitnya saya rasa pinggang saya dah tercabut dari badan.

Kemungkinan besar akan ditidurkan

Jam masa tu dah 4.30 pagi. Tiba-tiba doktor masuk dan bagitahu saya kena buat emergency Caesar. Masa tu perasaan saya dah takut, semua ada. Ye la, dari anak nombor satu sampai nombor tiga saya bersalin secara normal.

Doktor kata, bacaan jantung dah tak cantik, takut baby terbelit tali pusat. Dia bagitahu, komplikasi akan berlaku masa Caesar, dia tanya bila last saya makan, saya cakap sebelum ke labour room saya makan kurma sebiji dengan air Milo.

“Kemungkinan besar Puan akan ditidurkan sebab risau, makanan yang Puan makan tadi akan naik ke paru-paru,” Allahuakbar, saya tiba-tiba teringat anak, suami, mak, family saya.

Datang pulak seorang lagi doktor bawa kertas persetujuan, dalam saya tengah sakit dia suruh saya baca. Dia kata, “Sebelum Puan sign, baca dulu.” Gila la saya kata, doktor nak buat apa buat la, janji anak saya selamat, tu je ucapan yang keluar dari mulut saya masa tu.

Doktor tu terdiam. Dia bebel lagi cakap, “Lepas Caesar ni mungkin Puan akan banyak kehilangan darah dan kita akan masukkan darah orang lain yang dah ditapis. Tapi darah ni mungkin akan ada jangkitan kuman.” Dalam hati saya, Ya Allah, jika ini pengakhiran hidup aku, Kau selamatkanlah anak dalam kandunganku ini.

Saya teruskan je sebut ayat-ayat Al-Quran, walaupun saya rasa dunia dah gelap sangat masa tu. “Puan, nama Puan saya dah booking untuk dibedah,” menitis air mata saya masa tu.  Nurse masuk, pakaikan saya baju OT (operation theater), pasang IV tangan sebelah lagi, dalam sakit tu dipindahkan ke katil stretcher leper tu.

Sakit contraction saya masih ada masa tu, saya kuat mengatakan saya akan bersalin normal. Sebelum masuk, saya jumpa suami lagi mintak maaf semua, saya tengok suami dah menangis merah mata. Saya menggigil tahan sakit contraction, tak boleh nak cakap dengan suami. Terus nurse tolak masuk bilik bedah.

“Baru doktor nak bius, saya menjerit..”



Sumber: Google Image




Datang seorang doktor, “Puan, saya doktor bius, nanti saya akan bius Puan dan Puan akan rasa lumpuh separa badan dari pinggang ke kaki.” Saya diam, akur saja apa yg dia cakap sambil air mata mengalir. Sampai dekat bawah lampu bilik bedah, staf pasang wayar dekat dada saya. Saya nampak alat bedah dah siap atas meja. Saya sebut Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, aku berserah segalanya padaMu. Saya urut perut, wahai anakku, janganlah kau susahkan ibumu nak.

Baru je doktor nak cucuk ubat bius, saya menjerit, “Docccc!! Saya nak berakkkkk!!!” Staf semua terkejut, dia kata sekejap. Saya tak tunggu apa, sekali push, baby dah keluar. Saya ucap Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah banyak kali depan staf.

Staf semua terkejut. “Ya Allah Puan, anak Puan memang tak keluar ikut tingkap,” katanya. Dia nak jadi superwoman, kak long kawasan. Menggigil saya masa tu. Lemah tak berdaya. Tapi tetap syukur anak keluar secara normal di dalam dewan bedah, tanpa koyak sedikit pon dan tanpa jahit.

Suami pun terkejut katanya, baru masuk dewan bedah, nurse dah panggil naik, dia sempat solat masa tu, doakan untuk saya. Nurse kata, “Encik, isteri dah selamat bersalin ye, bukan caesar, tapi secara normal. Nah, azankan baby ni.” Menitis airmata dia kata masa tu. Dua-dua selamat.

MasyaAllah. Kuasa Allah Maha Hebat. Kita hanya merancang, tapi perancangan Dia lagi
hebat. Pengalaman ni saya takkan pernah lupa dalam hidup saya dan saya akan ceritakan pada anak-anak saya. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list