View: 630|Reply: 0
|
Sempat Video Call Kekasih Masa Hantar Penumpang, Pemandu Dipuji Setia
[Copy link]
|
|
Kita semua sedia maklum bahawa kesetiaan itu sukar dicari, tapi berbaloi jika kedua-dua pihak saling memahami serta menghargai. Baik lelaki ataupun perempuan, kita janganlah cepat melenting sekiranya terdengar pasangan mengkhianati kita dari belakang.
Sebaliknya, ikhtiar sama-sama cara untuk mengatasi perkara tersebut kerana komunikasi adalah kunci dalam setiap perhubungan.
“Kepada pemandu e-hailing GrabCar…betul ke awak buat macam ni masa kerja?”
Sumber: Tiktok walawa._
Baru-baru ini, ragam seorang pemandu e-hailing mencuri tumpuan netizen menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok walawa.__ yang kebetulan menempah khidmatnya untuk menuju ke suatu lokasi, gadis tersebut bagaimanapun perasan ada sesuatu yang agak special berbanding driver lain ditemuinya sebelum ini.
“Bukan setakat tengok google maps…tapi siap curi-curi video call dengan partner sekali”
Siapa sangka sepanjang pemanduan, pemandu e-hailing tersebut bukan setakat melihat aplikasi navigasi yang terdapat pada telefon pintarnya sahaja. Bahkan dia turut melakukan panggilan video bersama seorang wanita, dipercayai teman wanitanya. Justeru itu, gadis berkenaan kagum dengan effort pemuda tersebut dalam menjaga hubungan bersama kesayangan walaupun ketika sibuk bekerja.
“Beruntungnya perempuan tu…macam ni baru tak timbul masalah & overthinking”
Sumber: Tiktok walawa._
Meninjau ke ruangan komen, tindakan pemandu tersebut curi-curi video call bersama pasangan itu turut mendapat pujian oleh netizen.
Selain menyerlahkan sisi setianya, effort itu juga dikatakan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan salah faham antara mereka.
Secara keseluruhan, rakaman tersebut telah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan setakat ini.-CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|