CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 0

[Sarawak] Polis kenal pasti identiti mayat terapung, tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 4-1-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Identiti mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di sebuah tasik di kawasan perumahan Senadin, di sini, pada pagi Ahad telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, mayat lelaki berusia 20 tahun itu kenali sebagai Orlean Nigel Constantine Taring dari Jalan Lintang 6, Taman Tunku Miri, bekerja sebagai pelayan sambilan.

Pada pagi Ahad, kira-kira jam 9.30 pagi, dua pemancing terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung yang disangkakan patung di sebuah tasik berdekatan kawasan perumahan Senadin.

Mereka segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan sejurus penemuan tersebut.

Dalam pada itu Hakemal berkata, tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.


Mayat yang ditemui terapung di sebuah tasik berdekatan kawasan perumahan Senadin pda pagi Ahad telah dikenal pasti.


by Suaraswk
January 4, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.148583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list