TOKYO: Wanita paling tua di dunia, Kane Tanaka berusia 119 tahun merayakan hari jadinya Ahad lepas.
Tanaka lahir 2 Januari 1903, anak ketujuh dari sembilan adik-beradik dan kahwin pada usia 19 tahun.
Suami dan anak lelakinya ialah veteran tentera yang pernah berperang semasa menentang China 1937.
Tanaka tinggal di rumah orang tua di Fukuoka dan kini berkomunikasi dengan orang lain hanya menggunakan mimik wajah.
Hobi Tanaka bermain puzzle angka, makan coklat dan minum minuman soda.
Guinness World Records merekodkan manusia tertua sepanjang masa dipegang oleh wanita Prancis, Jeanne Louise Calment, yang sudah meninggal 1997 ketika berusia 122 tahun.
sarawakvoice.com/2022/01/04 |