Ketua TMS Daneil Collin menyerahkan sumbangan kepada salah seorang rakyat Sarawak yang merupakan mangsa banjir di Selangor baru-baru ini. Turut kelihatan Kindy (dua kanan).
KUCHING: Meskipun tidak sama bangsa dan agama, Terabai Menua Selangor (TMS), tampil membantu mangsa banjir terdiri daripada rakyat Sarawak di Selangor pada Ahad lalu.
TMS sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dianggotai rakyat Sarawak yang bekerja serta menetap di Selangor membantu rakyat Sarawak yang merupakan mangsa banjir di sekitar Banting dan Sri Muda Shah Alam Selangor.
Dianggotai bendaharinya Kindy Nyadang telah membantu 32 keluarga rakyat Sarawak di dua kawasan tesebut yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau berkata bagi misi memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terdiri daripada rakyat Sarawak di Selangor, TMS telah memperuntukan RM5,000 bagi membeli barangan keperluan asas dan makanan.
Menurutnya sumbangan itu daripada kenalan, sahabat di Semenanjung Malaysia, ahli Teramai Menua sama, rakyat Sarawak serta penyokong TMS.
"Saya mewakili persatuan ahli persatuan Terabai Menua Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada tabung mangsa banjir Selangor yang di ketuai saya sendiri selaku ketua AJK (Ahli Jawatankuasa) Kebajikan TMS.
"Sekali lagi hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa anda semua yang sudah memberi sumbangan kepada tabung mangsa banjir Selangor untuk TMS melakukan kerja amal seperti ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau menambah tanpa sokongan pelbagai pihak TMS tidak mampu bergerak sendiri kerana persatuan itu tidak mendapat dana daripada kerajaan Sarawak.
"TMS mendapat sumber kewangan daripada usaha mengumpul dana, "Donation Drive Terabai Menua' dianjurkan persatuan," katanya sambil menambah TMS melakukan yang termampu bagi meringankan beban anak-anak Sarawak, mangsa banjir di Semenanjung Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
utusanborneo.com.my/2022/01/04
|