RANAU: Pasukan bomba masih meneruskan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di Kampung Tinanom di sini awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mangsa berumur 65 tahun itu hilang semasa masuk ke kawasan hutan sejak 1 Januari lalu bagi memeriksa jerat yang dipasang di hutan terbabit.
Katanya disebabkan mangsa belum kembali ke rumah sehingga kini, ahli keluarga mangsa kemudiannya bertindak menghubungi pasukan keselamatan untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi sebelum menggegaskan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau untuk menjalankan pencarian.
“Operasi SAR akan diteruskan dan kita akan memaklumkan sebarang maklumat dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
utusanborneo.com.my/2022/01/04 |