CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

Emma Watson suarakan solidariti dengan Palestin

[Copy link]
Post time 4-1-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode

WATSON di majlis anugerah Earthshot Prize di London, Oktober lalu. FOTO AFP

Washington: Pelakon British Emma Watson menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media sosial, sehingga menimbulkan tentangan daripada pegawai Israel dan juga pujian daripada pengguna media sosial yang pro-Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pelakon terkenal dengan watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter pada Ahad, telah menyiarkan semula gambar Bad Activist Collective yang sebelum ini dimuatnaik pada Mei lalu di Instagramnya, memaparkan dengan jelas aktivis pro-Palestin berarak dengan perkataan "Solidarity is a verb" (solidariti itu kata kerja).

Watson turut menyelitkan petikan daripada sarjana British-Australia Sara Ahmed, yang berkata: "Solidariti tidak bermaksud perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan yang dirasai adalah yang sama, atau harapan kita adalah demi masa depan yang sama.

"Solidariti melibatkan komitmen, dan usaha, serta pengiktirafan bahawa walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama, atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama, tetapi kita hidup di tempat yang sama," tambah petikan itu.

Hantaran Watson mendapat pujian meluas daripada pengguna Instagram pro-Palestin, dengan beberapa orang mengucapkan terima kasih atas sokongannya dan menyiarkan emoji bendera Palestin di bahagian komen, kebanyakannya dengan hashtag #FreePalestine dan #PalestineWillBeFree.

Watson dilantik duta muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan peranan besarnya dalam dunia pementasan.

Utusan PBB Israel, Gilad Erdan, bagaimanapun mengkritik sekeras-kerasnya hantaran Watson, membidas kenyataan bintang itu di Twitter dengan berkata: "Fiksyen mungkin berlaku dalam Harry Potter, tetapi ia tidak berguna dalam dunia realiti."

Kenyataan itu disokong Utusan PBB sebelumnya, Danny Danon, yang menuduh Watson "sebagai anti-Yahudi."

Leah Greenberg, pengarah eksekutif bersama, kumpulan advokasi Indivisible Guide, menolak tuduhan Danon sambil menyatakan bahawa ia adalah "demonstrasi yang sangat jelas di mana alasan anti-Yahudi yang sinis dan jahat digunakan untuk menghalang asas solidariti dengan rakyat Palestin."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039966 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list