CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Sarawak] Dr Sim: Awas, Omicron mungkin muncul dalam masyarakat setempat

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: Varian Omicron dijangka akan  muncul dalam komuniti setempat dalam masa terdekat.

Itu  amaran yang diberi oleh Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian kepada rakyat di negeri ini.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata,  rakyat perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“ Justeru,  saya menyarankan agar orang ramai membuat penilaian risiko termasuk melakukan ujian kendiri sekurang-kurangnya setiap tiga hari,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Kui Hian turut meminta agar individu bergejala yang melakukan ujian saringan Covid-19 agar mengasingkan diri terlebih dahulu sehingga keputusan diperoleh.

“Pada masa sama, saya turut menyeru supaya individu yang tertakluk kepada perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mematuhi arahan berkenaan.

”Saya yakin sekiranya kita terus berdisiplin dan mengikut saranan pihak berkuasa, kita akan berjaya menangani wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya lagi.

Malaysia telah merekodkan sebanyak 64 kes Omicron manakala negara jiran manakala Singapura sebanyak 155 kes.


sarawakvoice.com/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.349434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list