CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Sarawak] Hujan berterusan sejak semalam, empat kampung di Betong dilanda banjir

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:24 PM | Show all posts |Read mode


Anggota APM memerika rumah penduduk yang terjejas.

BETONG: Hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi menyebabkan empat perkampungan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam (PA) Leftenan Mackinly Jores berkata, empat kampung tersebut ialah Kampung Debak, Kampung Lalang Hilir, Kampung Bungey Hulu dan Kampung Bungey Hilir.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8.20 pagi sebelum mengerahkan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Betong ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati keadaan air naik disebabkan hujan sejak semalam sekali gus air dari bahagian hulu melimpah ke kampung tersebut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Mackinly, keadaan di perkampungan tersebut bagaimanapun masih terkawal dan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di buka.

"Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu buat masa ini," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list