![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/268775200_227613526210923_544914278341405509_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=d3e220t8obwAX_8Eb7c&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT8sl4hzDRTBeBIw3kicb-2Pe4nY00UPdonUf-CFqVelUg&oe=61D821B1)
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271138241_227613506210925_2837010340935762251_n.jpg?_nc_cat=1&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=ohIcrKxOn78AX8dfz51&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT-NZ8ywxyUolzhRY9ILKAKQuejNb8OrDdshRbllr0jW5g&oe=61D71D9F)
COVID-19: 12 kes baharu, satu kematian direkodkan
KUCHING: Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak terus menurun di bawah angka 20 apabila hanya 12 kes baharu direkodkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan penambahan 12 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini setakat ini ialah 252,353.
Ia menambah, enam daripada 12 kes baharu direkodkan hari ini adalah kategori satu (tiada gejala), tiga lagi kategori dua (gejala ringan), dua kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan satu kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).
"Bintulu merekodkan empat kes diikuti Lawas dan Kapit masing-masing dua kes, manakala Miri, Kuching, Samarahan dan Bau masing-masing satu kes. Manakala 33 lagi daerah tidak merekodkan kes baharu hari ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, JPBNS berkata satu kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Kuching pada 31 Disember 2021.
Mangsa katanya merupakan lelaki berumur 78 tahun, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan tiada sejarah penyakit diketahui.
Sementara itu , JPBNS melaporkan sehingga pukul 8 pagi hari ini terdapat 279 pesakit dalam pemantauan (PUS) dikuarantin di pusat-pusat kuarantin di seluruh negeri dan daripada jumlah 97 orang adalah PUS baharu.
utusanborneo.com.my/2022/01/03 |