CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 0

'Saya melalui waktu sukar...'

[Copy link]
Post time 3-1-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode

SHAWN ketika bersama Camila.

Los Angeles: Perpisahan dengan kekasihnya, penyanyi Camila Cabello pada 19 November tahun lalu membuatkan Shawn Mendes mengakui melalui masa yang sukar menerusi laman sosial.

Mengakui tidak aktif di platfrom terbabit, Shawn tetap mengetahui ramai peminat memberi sokongan terhadap lagu terbaharunya, It'll Be Okay.

Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini.

"Saya menghasilkan video pendek ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong It'll Be Okay dan berkongsi video.

"Saya melalui waktu yang sukar dengan laman sosial buat masa kini. Tapi saya ada ramai orang yang hantar video dan beritahu kepada saya apa yang berlaku," katanya menerusi Instagramnya.

Shawn dan Camila bercinta selama dua tahun sebelum mengumumkan putus cinta pada November tahun lalu.

Mereka berjaya melakar nama sebagai penyanyi muda paling berpengaruh di dunia menerusi lagu hit berjudul Senorita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045296 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list