|
VANESSA dan Tucker belum rancang untuk berkahwin.
TERNYATA kisah hubungan asmara antara pelakon, Vanessa Hudgens dengan pemain besbol, Cole Tucker bukan lagi satu rahsia.
Lebih menarik, baru-baru ini turut menyaksikan mereka meraikan ulang tahun pertama percintaan sebagai pasangan kekasih dalam suasana penuh ceria dan bahagia.
Malah, sumber terdekat memaklumkan, hubungan cinta aktres berusia 33 tahun itu dengan Tucker semakin serius dan kedua-duanya saling mencintai.
"Mereka saling mencintai dan mengakui hubungan dijalin sudah semakin serius dan kini bersedia menjadi pasangan kekasih," katanya.
Biarpun hubungan romantis pasangan popular ini menjadi topik perbualan hangat, namun pelakon filem Princess Switch itu dikatakan belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dengan perkahwinan.
Kata sumber kepada portal US Weekly, Vanessa kini begitu memberi tumpuan penuh kepada karier seninya.
"Tumpuan utama Vanessa kini lebih terarah kepada kariernya. Dia juga belum terfikir untuk mendirikan mahligai perkahwinan buat masa ini.
"Namun, tidak dinafikan pasangan ini begitu serius menuju fasa seterusnya dalam perhubungan mereka," katanya.
Menariknya lagi mengenai hubungan Vanessa dan Tucker, mereka dikatakan saling memahami jadual kerja dan karier masing-masing.
"Mereka sangat terbuka dan memahami kerjaya masing-masing. Malah, mereka bebas untuk melakukan apa saja demi memacu kejayaan diimpikan.
"Apa yang boleh saya simpulkan, mereka menerima kehidupan yang mereka nikmati ketika ini termasuk hubungan asmara yang cuba dirahsiakan.
"Bahkan, mereka juga dilihat berusaha meluangkan waktu
untuk bertemu walaupun hakikatnya masing-masing saling merindui kerana komitmen kerja. Bagaimanapun, setiap pertemuan dirasakan mereka begitu istimewa dan bermakna," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm muka Dee jangan Ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
Lain nye muka Vanessa sekarang, tak kenal kalau takde sebut nama. Zaman HM dulu comel je. Career tak berkembang pun lepas HM, terus merudum graf. |
|
|
|
|
|
|
|
Vanessa ni nampak mcm hard core party girl, tapi dia punya past relationships banyak yg lama2. Dgn Zac, dgn Austin. Kira setia/committed la. Cuma xkawen la. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang betul dia dgn Austin. Berpisah juga setelah betahun . |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 4-1-2022 12:38 PM
mcm muka Dee jangan Ketawa
Sama
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|