|
Shawn dan Camila berpisah selepas dua tahun bersama.
SELEPAS berpisah dengan penyanyi Camila Cabello, penyanyi Shawn Mendes mengakui dia melalui masa yang sukar dengan laman sosial.
Biarpun tidak aktif di platfrom itu, namun Shawn tetap mengetahui ramai peminat memberi sokongan terhadap lagu terbaharunya, It'll Be Okay.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Shawn mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu tersebut.
"Saya buat video pendek ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong It'll Be Okay dan berkongsi video.
"Saya melalui waktu yang sukar dengan laman sosial buat masa kini. Tapi saya ada ramai orang yang hantar video dan beritahu kepada saya apa yang berlaku," katanya.
Pada November lalu, Camila dan Shawn mengumumkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir selepas dua tahun bercinta.
Sementara itu, Shawn melahirkan rasa gembira dan bersyukur ramai pendengar menerima lagu tersebut.
"Saya rasa bangga dengan lagu itu dan bersyukur anda semua dapat menjiwai lagu itu.
"Saya mahu tunjukkan kasih sayang dan penghargaan. Saya jumpa anda nanti dan saya dapat lihat betapa banyaknya sokongan terhadap lagu ini," ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|