CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 1

[Sarawak] Ambang 2022: Remaja wanita antara tujuh individu diberkas terlibat dadah

[Copy link]
Post time 2-1-2022 09:47 PM | Show all posts |Read mode


Antara pemis hiburan yang diperiksa semasa Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan pada malam tahun baharu.

KUCHING: Seorang remaja wanita antara tujuh individu dicekup selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan pada malam tahun baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata, kesemua tangkapan merupakan warga tempatan berumur 15 hingga 49 tahun.

Menurutnya, suspek diberkas di beberapa lokasi berbeza iaitu di Satok, pusat bandar Kuching dan Padungan.

"Daripada jumlah itu, dua tangkapan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1951 manakala satu tangkapan masing-masing disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan waran tangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.

Merbin menambah, hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1953 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak lebih enam kali.

Menurutnya lagi, operasi yang dijalankan bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu turut merampas satu paket plastik lut sinar berisi serbuk dan ketulan jernih dipercayai dadah jenis syabu.

"Kesemua rampasan itu dianggarkan berat 5.27 dianggarkan bernilai RM527," ujarnya.


Merbin

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya turut membuat pemeriksaan ke atas 2,424 individu dan 1,484 kenderaan di beberapa lokasi.

"Antaranya kawasan Masja, Tun Jugah, Saradise BDC, Tabuan Tranquility, Metrocity, Bandar Baru Samariang, Aeroville, tebingan sungai Kuching, Padungan dan sebagainya.

"Pada masa yang sama, sebanyak 14 premis bistro turut dipantau selain pusat komersil yang menjadi tumpuan orang ramai pada malam tahun baharu tersebut," ujarnya.

Sementara itu, di Jalan Simpang Tiga pihaknya menahan empat individu semasa pemeriksaan pernafasan Evidental Breath Analyser (EBA) iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Keputusan kesemua individu yang berumur lingkungan 22 hingga 38 tahun itu bagaimanapun didapati positif EBA.

"Mereka yang positif EBA boleh dituduh di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan denda minimum RM10,000 hingga RM30,000.

"Sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun," tegasnya.

Mengulas lanjut, pihaknya turut mengeluarkan 212 saman trafik dan daripada jumlah itu sebanyak 97 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

"Kebanyakkan kesalahan itu ialah mengubah suai saiz nombor pendaftaran, ubah suai ekzos serta gagal menunjukkan lesen memandu.

"Manakala selebihnya merupakan saman yang dikeluarkan oleh balai lain atas pelbagai kesalahan," jelasnya.

Selain itu, sebanyak 15 kompaun berhubung prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 turut dikeluarkan melibatkan jumlah kompaun sehingga RM15,000.

Berhubung operasi itu, ia melibatkan seramai 10 pegawai dari Ibu Pejabat Daerah Kuching bersama-sama 85 anggota sambil dibantu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Rela.


utusanborneo.com.my/2022/01/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2022 11:17 PM | Show all posts
InagatlaH, jangan sesekali kita terjebak dengan aktiviti penyalah gunaan dadah, kelak buruk padahnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.111859 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list