CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4063|Reply: 8

masalah insuran kereta

[Copy link]
Post time 25-8-2010 10:21 PM | Show all posts |Read mode
aku ada 2 situasi di sini,
situasi 1: aku beli kereta cash RM9k, tapi roadtax keta tu masih hidup hingga Feb,2011. Maknanya insuran pun turut hidup kan. Bila ambil borang JPJ tukar nama kena bayar RM200, sebelum tu kena buat Puspakom RM30. Pegawai JPJ tanya insuran ada tak, aku kata ada la sebab roadtax hidup lagi, tapi aku tengok latest roadtax renew tak diprint pun atas geran. Pegawai JPJ tu kata dia bayar roadtax pakai Myeg sebab tu tak print atas geran, oh baru tahu. Pegawai JPJ tu kata lagi kena buat insuran transfer baru boleh tukar nama. So aku pun keluar dari JPJ cari wakil insuran yang banyak di tepi jalan luar JPJ tu. Wakil insuran tu cakap kena buat insuran baru, so kena keluar duit lagi, 1st party lagi tu dan value RM10k. Dia tak cakap apa jadi pada insuran yang masih hidup lagi tu.
Kesimpulannya, tokey insuran dapat easy money daripada proses ini, dalam sehari ada berapa banyak kenderaan terpakai dijual beli hendak ditukar nama, mesti buat insuran baru?

Situasi 2:
Keta aku accident dgn keta, so kena tow balik workshop. Agak teruk la bumper depan kemek, cermin depan retak, lampu depan sebelah pecah, tangki air kemek, fender ok tak kena, enjin ok tak kena.
Tapi bila lepas 3 minggu time nak ambik balik keta tu aku terkejut la sebab kena tambah lagi RM750. Pomen kata keta aku buat insuran RM10k je tapi value keta seperti yang dibagitau oleh sykt insuran ialah RM14k, so insuran cover 80% je, 20% tuan keta kena keluar duit sendiri. Sykt insuran siap ada keluar surat (cover note) berapa total lost, berapa coverage, dan berapa tuan keta kena keluar duit sendiri. Total lost claimable aku tengok atas kertas tu ialah RM2,800. Aku tak dpt lihat senarai barang yg ditukarganti, kalau tidak aku tahu la pomen untung byk mana. Aku check balik kat kedai kereta terpakai tempat aku buat insuran RM10k tu, dia kata tak apa buat insuran cover RM10k tu kalau tak accident sepanjang tahun.
Kesimpulannya aku rasa dalam 5000 biji kenderaan ada 1 biji saja accident dan perlu masuk bengkel utk claim., selebihnya masuk perut tokey insuran tiap2 tahun. Atau mungkin lebih 5000 kenderaan kerana accident kecil tak perlu claim insuran, seperti kes aku saman polis kena RM300 campur keluar duit sendiri RM750 dah semua RM1050, so apa fungsi insuran disini, semakin mahal pun akhirnya keluar duit sendiri.


so sesiapa disini boleh explain situasi 1 diatas, kalau situasi 2 tu aku boleh faham la sikit. Mengapa tak boleh transfer insuran yang ada tetapi terpaksa pula buat insuran baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 09:04 AM | Show all posts
Reply 1# gbam

situasi 1 ...- insuran mmg kena beli baru ..sbb insuran lama tu atas nama pemilik keta yg lama. kalau dh owner baru, kena guna insuran sendiri la.


situasi 2...
- utk kes2 xciden .... total amaun yg insuran cover kena tgk pd usia keta gak .... semakin berusia keta tu, semakin kurang jumlah nilai yg dilindungi. Tu pasai kau kena tambah skit lg ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 09:36 AM | Show all posts
aku ada 2 situasi di sini,
situasi 1: aku beli kereta cash RM9k, tapi roadtax keta tu masih hidup h ...
gbam Post at 25-8-2010 22:21


macam waksir cakap la...

situasi 1 :
roadtax adalah milik kereta... insuran adalah milik tuan punya kereta... jadi bila jual kereta kita bagi sekali roadtax tapi tidak pada insuran...
jadi istilah yg betulnya... "ada roadtax tak semestinya ada insuran cover"

situasi 2 :
kes under insured... syarikat insuran menilaikan kenderaan berdasarkan purata pasaran semasa (bank juga ikut nilai yg sama bila nak tentukan jumlah loan).. BUKAN berdasarkan berapa harga kenderaan tersebut dibeli... nilai insuran kenderaan adalah terpulang pada pemilik... nak cover RM5k pun boleh / malah berhak utk beli 3rd party coverage ajer... dengan syarat kenderaan tersebut tiada tuntutan hak milik atau kata lain masih dalam tempoh hutang. jadi bila under insured, peratusan tertentu akan dikenakan berdasarkan perbezaan amount yg dilindungi dgn harga semasa pasaran.
So far, utk kes2 xcden, mmg bengkel takkan tunjuk brape byk yg dituntut dari syarikat insuran... kalo hati kering boleh la turun naik syarikat insuran utk dapat tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:16 AM | Show all posts
macam waksir cakap la...

situasi 1 :
roadtax adalah milik kereta... insuran adalah milik tua ...
ryo_takahashi1 Post at 26-8-2010 09:36



tambahan utk situasi 2 ...

- kalau tgk dlm polisi insuran tu, mmg ada tulis peruntukan berapa peratus% cover utk kos baikpulih berdasarkan usia keta tu.
mmg kalu keta dh lebih 10th ... tak dpt 100% cover la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2010 02:27 PM | Show all posts
oh mcm tu ka, apasal pegawai JPJ tu tak cakap kena buat insuran baru je terus, ni cakap tranfers insuran buat orang confuse aje.

utk kes 2 tu, ada orang cakap pomen boleh claim lebih, siap bagi duit kat owner keta utk settle saman, tapi ini mungkin dulu-dulu kot, sekarang kedai pomen kata Bank Negara dah kontrol, diaorang ambil gambar kereta part yg rosak dan hantar ke syrkt insuran, dan sykt insuran yg keluarkan harga part, bukan kedai pomen yg keluarkan harga mcm dulu. Betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 07:00 PM | Show all posts
oh mcm tu ka, apasal pegawai JPJ tu tak cakap kena buat insuran baru je terus, ni cakap tranfers ins ...
gbam Post at 26-8-2010 14:27



pasai claim tu, bergantung pd 'kawtim' staf insuran dgn workshop tu la.
mmg ada price list, tp pihak workshop ni akan pandai2 je tukar pd barang yg bukan ori.
mcm dulu keta aku, dlm list tulis bumper ori rege dlm rm200 ..... rupa2nye bila dah kena sondol lg sekali , baru tau yg tu bumper PU je rege cuma rm60. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2010 11:41 AM | Show all posts
bro..tumpang thread kau yer..

kes aku pulak..aku ada 2 kereta, satu (A) NCB 55% dan satu lagi (B) NCB 25%. Aku beli satu lagi kereta (C) dan transfer NCB 55% tu ke kereta baru. Jadi kereta A tak ada insurans dah. Kereta B pulak aku nak jual. Kat kereta tu ada 25% NCB. Boleh tak aku transfer insurans NCB tu ke kereta A?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 12:25 PM | Show all posts
bro..tumpang thread kau yer..

kes aku pulak..aku ada 2 kereta, satu (A) NCB 55% dan satu lagi (B) ...
venom1 Post at 27-8-2010 11:41



buleh ... asalkan keta tu atas nama kau gak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2010 09:19 PM | Show all posts
tambahan utk situasi 2 ...

- kalau tgk dlm polisi insuran tu, mmg ada tulis peruntukan bera ...
waksir Post at 26-8-2010 11:16



    Setuju Setuju
    Standardla company Insurans memang untung banyak ambil duit dari Rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042172 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list