CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

Karan Johar gesa kerajaan Delhi buka semula pawagam

[Copy link]
Post time 2-1-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Karan Johar memuat naik ciapan menggesa kerajaan Dellhi untuk membenarkan pawagam beroperasi semula.

PENGARAH filem Bollywood, Karan Johar meminta kerajaan Delhi membenarkan panggung wayang kembali beroperasi setelah pihak berkuasa mengarahkan penutupannya pada 28 Disember lalu berikutan peningkatan kes Covid-19.

Ahli Persatuan Multiplex India (MAI) mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri Delhi Manish Sisodia meminta beliau membuka semula pawagam di Delhi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] OMG! Kecut perut tengok Kajol jatuh basikal, muka tersembam ke tanah!

Karan Johar juga telah membuat rayuan kepada kerajaan Delhi menerusi satu ciapan di Twitter pada 30 Disember.

"Kami menggesa kerajaan membenarkan pawagam untuk beroperasi.

"Pawagam dilengkapi dengan keupayaan lebih baik untuk memastikan persekitaran yang bersih sambil mengekalkan norma penjarakan sosial berbanding dengan tetapan luar rumah yang lain," tulisnya di Twitter.

Panggung wayang di Delhi ditutup selepas sekatan di bawah amaran kuning seperti Pelan Tindakan Tindak Balas Berperingkat (GRAP) dikenakan di India berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Omicron.

Tindakan itu telah menyebabkan pengarah filem menangguhkan tayangan filem mereka serta menjejaskan perniagaan pawagam untuk menjana semula pendapatan yang hilang selepas beberapa kali ditutup akibat Covid. -INDIATODAY

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.066266 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list