CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 3

[Sabah] Update : Mayat mangsa ketiga bot karam berjaya ditemukan

[Copy link]
Post time 2-1-2022 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-1-2022 07:31 AM



Tiga beradik mangsa bot karam belum ditemukan

TAWAU: Tiga beradik masih belum ditemui dalam tragedi bot karam di perairan Kampung Batu Payung, di sini petang kelmarin.

Mangsa, Saiful Muhaimin,14, serta dua adiknya Adam, 13, dan Saina,12, gagal diselamatkan selepas bot yang dinaiki sembilan individu karam dipercayai dipukul ombak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang.

“Susulan itu, seramai lima anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebaik tiba, pasukan bomba menjalankan operasi bersama 17 bot orang kampung, sebuah bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.

Menurut maklumat, katanya, semua mangsa dari Kampung Batu Payung menuju balik ke Kampung Rawa-Rawa Batu 4 Jalan Apas sebelum bot yang mereka naiki dipukul ombak dan karam.

“Bagaimanapun, enam daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang kampung, manakala tiga lagi kanak-kanak berkenaan gagal ditemui,” katanya.

Katanya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.40 petang dan akan disambung pada hari ini dengan meluaskan kawasan pencarian.

“Maklumat terkini akan diberikan dari semasa ke semasa sekiranya ada perkembangan terbaharu kes bot karam tersebut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2022 11:31 AM | Show all posts
laut ka sungai nie...kesian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 10:18 PM | Show all posts


LEMAS: Mayat Saiful ketika ditemukan di perairan Kg Batu Payung.

Dua beradik mangsa bot karam ditemukan lemas, kakak masih hilangTAWAU: Dua daripada tiga beradik yang gagal diselamatkan dalam tragedi bot karam di perairan Kampung (Kg) Batu Payung, di sini temukan lemas pagi tadi.

Mayat mangsa, Jaidi Mohaimin,5, ditemukan terdampar di persisir pantai Kg Batu Payung kira-kira jam 6.30 pagi oleh penduduk kampung.

Mayat Saiful Mohaimin,15, pula ditemukan pada jam 8.58 pagi, tidak jauh daripada mangsa pertama, manakala Rahena Mohaimin, 20, masih hilang.

Menurut salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan, Zetty Mohaimin,17, berkata dia bersama lapan orang termasuk adik beradik, suami dan keluarga pergi ke pantai Batu Payung untuk beriadah.

Katanya, semasa dalam perjalanan balik, bot mereka dipukul ombak dan air masuk dari bahagian hadapan sebelum karam.

“Kami semua terjatuh ke dalam laut dan saya berusaha menyelamtkan diri berpaut pada tong ais yang kami bawa.

“Kami kemudiannya diselamatkan oleh bot nelayan, namun kakak dan dua adik saya hilang dipukul ombak,” katanya.  

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau, Komander (M) Amiludin Yenggah berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.40 petang kelmarin.

“Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan mengarahkan dua aset ke lokasi kejadian.

“Turut membantu dalam operasi SAR termasuklah aset Pasukan Polis Marin (PPM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lebih kurang 20 bot penduduk kampung,”katanya.

Katanya, setakat hari ini, hanya dua mangsa yang hilang ditemukan, manakala seorang lagi masih hilang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk ujian COVID-19 dan sekiranya negatif jenazah akan diserahkan semula kepada pihak keluarga untuk urusan pengkebumian.

“Semua agensi penguatkuasa masih menjalankan operasi SAR sehingga mangsa ketiga ditemukan dan maklumat akan diberikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Turut hadir turun padang melihat operasi SAR, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.


utusanborneo.com.my/2022/01/02

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2022 03:33 PM | Show all posts


PENGECAMAN: Mayat Rahena diusung dari pantai untuk proses pengecaman ahli keluarga.

Mayat mangsa ketiga bot karam berjaya ditemukanTAWAU: Mangsa ketiga dalam tragedi bot karam di Kampung Batu Payung, berjaya ditemukan di 2.2 batu Nautika Selatan Sungai Membelua, di sini, pagi tadi.

Mayat Rahena Muhaimin, 20, ditemukan oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian kira-kira jam 8.37 pagi.

Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau Komander (M) Amiludin Yenggah ketika ditemui berkata, pihaknya menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 6.30 pagi.

Katanya, pasukan keselamatan melancarkan SAR hari ketiga dengan keluasan pencarian kira-kira 2.9 batu Nautika dari lokasi bot karam.

“Pasukan Maritim berjaya menemukan mangsa terapung dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian sebelum dibawa ke tepi pantai Kampung Batu Payung.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa untuk proses pengecaman ahli keluarga sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk saringan COVID-19 dan bedah siasat sebelum SAR ditamatkan pada jam 10 pagi.

Sementara itu, keluarga mangsa yang berada di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Pantai Batu Payung kelihatan menangis dan tidak dapat mengawal keadaan sebaik proses pengecaman dilakukan.

Beberapa ahli keluarga dibantu dengan orang kampung dan pihak berkuasa dilihat cuba menenangkan keluarga mangsa yang bersedih dengan kematian mangsa.

Terdahulu, Utusan Borneo sebelum ini melaporkan sebuah bot dinaiki sembilan individu termasuk enak beradik terbalik dipercayai dipukul ombak di perairan Batu Payung pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang.

Tiga daripada mangsa iaitu Jaidi Muhaimin,5, Saiful Muhaimin,15, dan Rahena Muhaimin,20, didapati hilang, manakala yang lain berjaya diselamatkan bot nelayan yang berada di lokasi kejadian.

Mayat Jaidi dan Saiful berjaya ditemukan penduduk kampung di dua lokasi berasingan di Kampung Batu Payung, kelmarin.

Operasi SAR ini turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lebih 20 penduduk kampung.


utusanborneo.com.my/2022/01/03



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.188292 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list