CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 2

[Sabah] Lelaki maut, tercampak dihempap kereta sendiri

[Copy link]
Post time 28-12-2021 11:29 AM | Show all posts |Read mode


MAUT: Mangsa didapati tercampak keluar akibat dari kemalangan itu.

NABAWAN: Seorang pemandu lelaki maut selepas kenderaannya terbabas sendiri dalam kemalangan di Kampung Malampoi dekat Ladang Sawit Felcra di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, mangsa terbabit berusia 25 tahun.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi membabitkan sebuah kenderaan.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan terbabit mengakibatkan kereta mangsa terbabas ke tepi jalan.

"Pemandu didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

"Mangsa dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya berkata,  mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.28 pagi.


utusanborneo.com.my/2021/12/27
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2021 01:16 PM | Show all posts


Lelaki Maut, Tercampak, Dihempap Kereta Sendiri
NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas tercampak dan dihempap keretanya sendiri dalam satu kemalangan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48 dekat sini, pada Isnin pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi tadi (27 Disember 2021), sepasukan anggota dari Balai Bomba Sook dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan anggota bomba mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback telah terbabas sendiri di tepi jalan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48.

“Seorang pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Hasil siasatan, mangsa yang berumur 25 tahun itu dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri.

Mangsa seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 8:28 pagi.


sabahmedia.com/2021/12/27

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2021 01:21 PM | Show all posts


Keadaan mangsa dihempap kenderaan sendiri.

Lelaki Maut Dihempap Kenderaan Sendiri

NABAWAN: Seorang lelaki maut setelah kenderaan yang dipandu terbabas ke bahu jalan hingga menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaan lalu dihempap kenderaan sendiri di Kampung Malampoi, Nabawan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Putera Azzalie Sulayul,25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Razlan Aridy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.39 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang berada pada jarak 30 kilometer dari BBP Sook.

Sebaik tiba di lokasi didapati seorang pemandu terhimpit di bawah kenderaan dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.


sabahpost.net/2021/12/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.138929 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list