|
Edited by Raline at 27-12-2021 08:44 PM
Tiga anggota BTS positif Covid-19
Kumpulan k-pop BTS. - FOTO EPA
Seoul: Tiga anggota kumpulan BTS disahkan positif Covid-19 sekembalinya kumpulan sensasi K-Pop itu dari Amerika Syarikat (AS) yang mana ia destinasi pertama mereka mengadakan konsert bersemuka sejak pandemik bermula, kata wakil pengurusan kumpulan terbabit, semalam.
Menurut Big Hit Music, anggota rap BTS, RM dan vokalisnya, Jin didapati positif virus terbabit petang semalam.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas agensi terbabit mengesahkan seorang lagi anggotanya, Suga sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah berikutan keputusan positif yang diterima sebelum itu.
Kumpulan dari Korea Selatan itu mengadakan konsert bersemuka pertama mereka selepas permulaan pandemik di Los Angeles, yang berlangsung dari akhir November hingga awal bulan ini.
Mereka kemudiannya bercuti dan tiga daripada mereka dijangkiti Covid-19 selepas kembali ke Korea Selatan pada tarikh berikutnya.
RM dan Suga tidak bergejala, sementara Jun mengalami demam biasa, kata agensi terbabit.
Kesemua anggota terbabit sudah lengkap vaksinasi dan mereka tidak berjumpa anggota lain selepas kembali ke Korea Selatan, kata agensi itu lagi.
Antara mereka bertiga, RM dan Suga menerima keputusan positif mereka ketika masing-masing sedang menjalani kuarantin kendiri selepas kembali, sementara Jin dibenarkan menamatkan kuarantin selepas menerima keputusan ujian negatif, namun didapati positif kemudian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|