Gandingan mantap pasangan selebriti, Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio ketika membintangi filem pecah panggung, Titanic pada 1997 cukup luar biasa dan masih meninggalkan impak sehingga ke hari ini.
Maka, tidak hairanlah hubungan mereka masih kekal utuh sebagai sahabat baik.
Kredit foto: Cosmopolitan
Winslet yang bertemu DiCaprio selepas sekian lama tidak bersua muka akibat pandemik Covid-19 mengakui sedih sehingga dia mengalirkan air mata.
"erkenalan bersama DiCaprio boleh dikira separuh hidup saya. Hubungan akrab kami juga bukan seperti mengadakan perjumpaan makan malam atau minum kopi untuk bersembang.
"Ketika berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, saya tak berhenti menangis. Kami saling merindui kerana jarang dapat bertemu akibat Covid-19.
"Dia adalah sahabat sejati dan hubungan kami sangat akrab," katanya.
Ketika ditemubual media, Winslet turut mengimbas kembali memori indah ketika menjalani penggambaran Titanic bersama DiCaprio.
Ketika itu, Winslet berusia 21 tahun, manakala DiCaprio 22 tahun.
Kredit foto: Page Six
Menurut Winslet, selepas kejayaan filem arahan James Cameron itu, nama mereka terus menduduki senarai pelakon gred A.
Bagaimanapun, kedua-duanya mengakui tidak selesa dengan perkara itu. Ini kerana penggambaran filem itu begitu berat dan meletihkan.
"Saya masih ingat dia begitu menderita. Ia tidak menyenangkan kami semua. Namun, kami semua bersatu menyiapkan filem terbabit walaupun dia mempunyai lebih banyak masa bercuti berbanding saya. Fenomena Titanic mengajar saya erti bersyukur dan menerima apa saja kemungkinan.
"Sebenarnya saya tidak patut mengeluh dan bila saya mengeluh saya tidak akan membiarkan wartawan mengetahuinya. Tidak mungkin saya menjatuhkan diri saya sendiri" katanya.
Kredit foto: Pop Sugar
Filem Titanic mencipta sejarah luar biasa apabila menjadi salah satu filem paling terlaris di dunia selain tercalon 14 kategori di Anugerah Akademi 1998 dan berjaya membawa pulang 11 anugerah.
Pada 2006, Titanic turut menjadi filem panggung pecah terbaik dalam sejarah perfileman.
Sumber: Harian Metro |