CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 0

[Sarawak] 44 peserta hangatkan Sarawak Fighting Championship 2021

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada aksi peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

KUCHING: Pandemik COVID-19 tidak menghalang penganjuran Kejohanan Sarawak Fighting Championship (SFC) 2021 yang berlangsung dengan jayanya dari 21 hingga 23 Disember bertempat di Kompleks Yayasan Sarawak.

Edisi kedua SFC menyaksikan seramai 44 peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian dalam 22 bout melibatkan pelbagai kategori muaythai, tinju dan kickboxing.

Dilangsungkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, kejohanan kali ini mendapat sambutan di cukup memberangsangkan dari peserta muaythai dan kickboxing dari Kuching, Samarahan, Bintulu malah dari Persatuan Muaythai Sabah.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dan Persatuan Kickboxing Negeri Sarawak dengan kerjasama SFC, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan disokong oleh Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

Menurut Presiden PMNS, Haji Jumaat Ibrahim, objektif kejohanan tersebut dianjurkan sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Pada masa sama katanya, ia juga menjadi landasan untuk membangkitkan semangat anak-anak muay di negeri yang ketandusan aktiviti atau program kompetitif susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

“Kita tidak tahu tarikh sebenar SUKMA. Namun persatuan tidak boleh berlengah dan kejohanan ini dianjurkan untuk membuat persiapan ke arah itu walaupun ia diadakan secara tertutup.

“Kejohanan ini dilangsungkan mengikut SOP ketat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir memantau dan memberikan sokongan terhadap penganjuran kejohanan ini.

“Alhamdullillah, walaupun secara tertutup, kejohanan ini mendapat sambutan di luar dugaan, malah ada peserta dari Sabah juga turut mengambil bahagian,” katanya semalam.

Beliau dalam pada itu merakamkan setinggi penghargaan terhadap mantan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan SSC atas sokongan berterusan terhadap program dan aktiviti anjuran PMNS.

Menurutnya, penghargaan juga diberikan kepada Hallo Fight Lab dan Raja Boxing kerana sekali lagi menjadi penaja bagi sebahagian peralatan perlawanan kejohanan kali ini.

Dalam pada itu, Jumaat tidak menolak kemungkinan akan mengadakan beberapa lagi kejohanan seumpama sebagai pendedahan dan persediaan kepada atlet muay negeri dalam menghadapi temasya SUKMA pada tahun depan.

Untuk itu, beliau katanya berharap pihak KBSS dan SSC terus memberikan sokongan kepada PMNS dalam menggerakkan program pembangunan muaythai di Sarawak.

“Kita juga merancang untuk menghantar atlet kita berlatih di luar. Namun disebabkan keadaan tidak menentu di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19, kita tidak mahu mengambil risiko kerana keselamatan atlet harus diutamakan.

“Namun yang pasti kita ada perancangan untuk memantapkan persiapan atlet kita kerana mereka tidak aktif selama dua tahun akibat penguatkuasaan PKP,” tambahnya lagi.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078595 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list