CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Sarawak] Pemanduan berhemah, turunkan jumlah kemalangan jalan raya

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:09 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kempen keselamatan jalan raya yang dilaksanakan pelbagai pihak memberi kesan positif dalam menurunkan jumlah kemalangan jalan raya terutama melibatkan kemalangan maut.

Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata statistik kemalangan jelas menunjukkan penurunan ketara setiap tahun yang membuktikan kempen tersebut mencapai sasarannya.

“Melalui pemerhatian setiap tahun, jumlah kemalangan jalan raya menunjukkan penurunan disebabkan kesedaran pengguna jalan raya semakin tinggi serta usaha kerajaan mengingatkan mereka agar mengamalkan pemanduan berhemah,” katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Krismas di Stesen Minyak Shell, Permyjaya pada Jumaat.

Beliau memberitahu, kempen yang kerap diadakan pada setiap tahun itu khususnya ketika musim perayaan menyedarkan pengguna jalan raya risiko kemalangan terutama melibatkan kecuaian manusia.

“Kajian mendapati 55 peratus punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia sama ada mereka memandu laju, mabuk atau melanggar peraturan trafik sehingga menyebabkan kemalangan maut,” jelasnya.

Lee menambah, kerajaan mengambil berat isu keselamatan jalan raya dengan memperbanyakkan kempen, penguatkuasaan, melakukan kajian taktikal dan memberi pendidikan keselamatan di sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan itu, kempen-kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan selama ini bukan bertujuan menyusahkan pengguna jalan raya sebaliknya mengingatkan mereka tentang peraturan di jalan raya.

“Kita tidak mahu mereka menggunakan tali pinggang keledar hanya semasa operasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa, sebaliknya harus membudayakan keselamatan diri dan keluarga serta orang lain dengan memandu secara berhemah,” jelasnya.

Dalam program tersebut, sejumlah 300 set topi keledar, jaket keselamatan dan pelekat keselamatan telah diagihkan.


sarawakvoice.com/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.041787 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list