CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 0

[Sabah] Pengembara Perlu Dapatkan Kelulusan Khas Masuk Sabah

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:03 PM | Show all posts |Read mode

KOTA KINABALU : Semua pengembara yang tiba dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara yang ingin memasuki Sabah perlu mendapatkan kelulusan khas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun pengembara yang tiba dari negara dikenakan sekatan perjalanan sementara itu perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Katanya, ia termasuklah pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan dalm tempoh 14 hari ke negara-negara tersebut.

“Para pengembara perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas dari negara-negara tersebut dan mengisi e-Health Declaration (eHDF);

“Pengembara yang tidak memenuhi kriteria kebenaran masuk ke Sabah perlu mendapatkan kelulusan khas dari Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP),”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pengembara juga perlu menjalani ujian RT-PCR semasa tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pertama ke Malaysia.

Katanya, pengembara juga perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan di PMA pertama tanpa mengira status vaksinasi.

“Pengembara juga tidak dibenarkan untuk menjalani kuarantin dirumah dan turut tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah atau ke destinasi lain di Sabah sehingga lengkap tempoh kuarantin.

“Selain tu, keputusan Swab Ujian RT-PCR pada hari ke-10 adalah negatif sebelum diberi kebenaran penamatan dari kuarantin; dan Penilaian risiko pada hari ke-14 dan lanjutan kuarantin sekiranya perlu.

Senarai KKM terkini ialah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong, China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden dan Nigeria.

Selain itu, Belgium, Jepan, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis, Austria, Sepanyol, Arab Saudi, Ghana, Ireland, Emeriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (California).


sabahmedia.com/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.928031 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list