CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 0

[Sabah] Dua termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Kimanis

[Copy link]
Post time 24-12-2021 06:41 PM | Show all posts |Read mode


BERTEMBUNG: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.

PAPAR: Dua individu termasuk kanak-kanak maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kimanis - Keningau di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Misran Bisara berkata kejadian jam2.14 petang itu membabitkan sebuah lori tiga tan dan pacuan empat roda.
“Kedua-dua kenderaan bertembung di lokasi menyebabkan enam mangsa terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis yang datang ke lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan kebombaan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan dua mangsa masing-masing Daphne Dale, 9 dan Deny Rizlin William, 36 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Empat lagi mangsa lain berumur enam hingga 61 tahun termasuk pemandu kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya operasi ditamatkan jam 4.25 petang.


utusanborneo.com.my/2021/12/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list